|
Selamat Datang Ke Halaman Maya Adat Melayu
Assalamalaikum...
Samalah kita membangun, membina, memelihara dan menghidupkan semula Adat Melayu yang telah hilang sekian lama. Pada anda sekelian yang berminat untuk menulis maklumat adat resam Melayu kita amatlah dialu-alukan. Anda boleh mendaftar sebagai ahli dalam halaman maya ini.
Selamat Maju Jaya dengan Izin Allah S.W.T.
Kita mula membaca Umul-kitab yakni Al-Faatihah........ amin.. Hadiah pada semua Muslimin dan muslimat bermula dari Nabi Adam. as hingga Nabi Muhammad s.a.w. para sahabatnya dan sekelian yang bertakwa pada Allah S.W.T. yang telah kembali padaNya atau yang masih hidup agar rahmat Allah S.W.T. senantiasa berada pada pihak yang benar-benar mengEsakanNya.
Imfakanlah Segala Kekayaan Ilmu Yang Berada Pada Diri Kita Sebagai Hadiah Sesama Kita.
Sekian Terima Kasih.
Pendaftar Adat Melayu.
Adat Istiadat
Adat = bahasa penjajah mathematik
Istiadat = bahasa penjajah sains
Inilah kata kunci asal usul adat istiadat kita bermula dari Allah S.W.T. yang mengajar segala ilmuNya berperingkat-peringkat kepada Adam a.s yang baginda pula mengajar segala adat yakni kira mengira dan istiadat yakni peraturan kira mengira itu mengikut tertibnya maka santunlah kepada keturunannya Bani Adam. Keterunan tunggal Bani Adam yang memilih untuk memutuskan silaratulrahim dengan mengikut hawa nafsu jahat merekalah yang mengubahkan dari satu rumpun Bani Adam kepada rumpun yang lain yang menyekutukan atau membuat sesuatu jalan yang sesat lagi menyesatkan agar kita berpecah belah menjadikan pengakuan bangsa yang lain yang senantiasa mempertahankan kesesatan mereka itu dengan menganjurkan pertumpahan darah kepada mereka yang tidak mengikut jalan kesesatan mereka itu. Merekalah telah mengikut jejak jalan yang sesat menjadi hamba Iblis dan syaitan laknatullah yang menyekutukan Allah S.W.T. Kita tidak memerangi manusia yang ada perikemanusian tetapi kita wajib memerangi nafsu jahat yang berada dalam diri kita agar nafsu jahat kita dapat dikawal menjadi nafsu mudmainnah yang diredai Allah S.W.T. dan diri kita sebagai manusia yang ada perikemanusian.
Perkataan melayu berasal dari perkataan layu yang bermaksud menyerab diri kita kembali kepada yang asal dan tidak boleh kembali lagi pada yang usul. Apabila menambahkan perbuatannya menjadi melayu, Sesuatu bangsa yang telah berpecah ini adalah menjadi tugas melayu menyedarkan atau menginsafkan diri mereka itu kembali kepada yang asal yakni Bani Adam. Marilah kita melayukan yang usul yakni bangsa yang berpecah belah, kembali kepada yang asal yakni Bani Adam yang menyatukan satu bangsa menjadi satu bangsa satu dunia. Bukankah pebuatan ini molek atau mulia disisi mentaati perntah Allah S.W.T. dengan mengikatkan kembali sularatulrahim kita?
Adat adalah kira mengira yang perlu kita aturkan agar bilangan yang kita kira itu tidak belaku kesilapan. Kita boleh semak akan kira mengira kita itu di dalam acara istiadat kita yang memutuskan bahawa apa yang kita membuat perkiraan itu tepat, benar dan sah mengikut syariat melayu Bani Adam.
Contohnya kita boleh bilang dari ibu jari hingga ke jari kelingking kita yakni jari-jari kanan kita ada lima jari dan jari-jari kiri kita juga ada lima juga tetapi dalam bentuk seperti kita lihat dalam cermin tersusun begitu rupa yang menjadi istiadat kita yang memutuskan susunan jari jemari kita itu. Sekiranya susunan itu disebaliknya maka kita namakan ia sebagai cacat. Inilah kajian istiadat kita yang dicuri oleh penjajah menamakannya sains.
Istiadat adalah susunan atur bilangan sesuatu itu agar kita dapat mengenali akan sifat rupa bentuknya sesuatu benda supaya kita faham apabila kita menyebutkannya dari segi rupanya, warnanya, beratnya, dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
|